Sumayyah Ummu Ammar Bin Yasir..

Riwayat Hidup Dan Peribadi

Nama sebenar beliau ialah Sumayyah Binti Kabatth , seorang hamba kepada Abi Huzaifah Bin Mughirah . Beliau berkahwin dengan Yasir Bin Amir , seorang pengembala dan dikurniakan anak bernama Amar Bin Yasir . Ketika Rasul Allah (SAW) berdoa , Sumayyah dan keluarganya memeluk Islam secara rahsia kerana takut diketahui oleh tuannya .

Setelah tuannya mengetahui keluarga Sumayyah memeluk Islam , mereka diseksa dan dipaksa meninggalkan agama tersebut . Namun beliau tetap mempertahankan kesuican akidahnya . Sumayyah pula dipakaikan baju rantai daripada besi dan dijemur ditengah panas matahari . Rasul Allah (SAW) berasa terharu dan simpati terhadap keluarga Sumayyah dan menenangkan mereka dengan bersabda ,

Ibni Ishak berkata , sabda Rasul Allah (SAW)...... bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya kamu semua dijanjikan dengan syurga.


Walaupun diseksa , Sumayyah tetap mempertahankan akidahnya, akhirnya Abu Jahal menikam Sumayyah dengan lembing sehingga mati . Beliau merupakan wanita pertama shahid dalam Islam .

Pelajar, fikirkanlah betapa besar pengorbanan generasi sahabat dalam mempertahankan Islam jika dibandingkan dengan sumbangan kita pada hari ini . Apakah akan terjadi seandainya pelajar-pelajar Islam hari ini tiada semangat jihad? Sedarlah, antar punca pelajar Islam gagal mendidik kaum lain dalam penyampaian akademik adalah kerana mereka tiada semangat jihad dalam menimba ilmu pengetahuan .