Sumayyah Ummu Ammar Bin Yasir..

Riwayat Hidup Dan Peribadi

Nama sebenar beliau ialah Sumayyah Binti Kabatth , seorang hamba kepada Abi Huzaifah Bin Mughirah . Beliau berkahwin dengan Yasir Bin Amir , seorang pengembala dan dikurniakan anak bernama Amar Bin Yasir . Ketika Rasul Allah (SAW) berdoa , Sumayyah dan keluarganya memeluk Islam secara rahsia kerana takut diketahui oleh tuannya .

Setelah tuannya mengetahui keluarga Sumayyah memeluk Islam , mereka diseksa dan dipaksa meninggalkan agama tersebut . Namun beliau tetap mempertahankan kesuican akidahnya . Sumayyah pula dipakaikan baju rantai daripada besi dan dijemur ditengah panas matahari . Rasul Allah (SAW) berasa terharu dan simpati terhadap keluarga Sumayyah dan menenangkan mereka dengan bersabda ,

Ibni Ishak berkata , sabda Rasul Allah (SAW)...... bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya kamu semua dijanjikan dengan syurga.


Walaupun diseksa , Sumayyah tetap mempertahankan akidahnya, akhirnya Abu Jahal menikam Sumayyah dengan lembing sehingga mati . Beliau merupakan wanita pertama shahid dalam Islam .

Pelajar, fikirkanlah betapa besar pengorbanan generasi sahabat dalam mempertahankan Islam jika dibandingkan dengan sumbangan kita pada hari ini . Apakah akan terjadi seandainya pelajar-pelajar Islam hari ini tiada semangat jihad? Sedarlah, antar punca pelajar Islam gagal mendidik kaum lain dalam penyampaian akademik adalah kerana mereka tiada semangat jihad dalam menimba ilmu pengetahuan .

Iktibar daripada Kisah Sumayyah

-->Kita mestilah bersabar dalam menghadapi rintangan dalam kehidupan kerana kesabaran merupakan faktor penting ke arah mencapai kejayaan :)
-->Sebagai orang Islam, kita haruslah mempertahankan akidah Islamiah yang kita pegang hingga akhir hayat..
-->Kita juga hendaklah berusaha mengamalkan ajaran islam dengan penuh kesabaran walau dimana jua kita berada..
-->Allah juga menyuruh kita berdoa dan bertawakal kepada-Nya setelah kita berusaha bersungguh-sungguh

Keluarga Sumayyah yang sanggup mengorbankan nyawa.... :

-->Sikap keluarga Sumayyah yang sanggup diseksa hingga mati itu tidak dianggap sebagai memusnahkan diri sendiri kerana tindakan tersebut adalah untuk menyelamatkan akidah islam yang ada dalam jiwa mereka .

Sumbangan dan Pengorbanan Sumayyah

Sumbangan Summayah sangat bermakna dalam mempertahankan kesucian aqidah Islam. Antara sumbangan dan pengorbannya ialah...


-->Berani menyatakan hak ,
-->Sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempertahankan kesucian aqidahnya ,
-->Memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam,
-->Memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan
perjuangan...


Iktibar yang kita boleh ambil dari sumbangan dan pengorbanan Sumayyah dalam mempertahankan kesucian aqidah Islam ialah...

-->Wajib mempertahankan kasucian aqidah seperti tidak terpengaruh dengan kefahaman
atau perbuatan yang merosakan iman,
-->Hendaklah tabah menghadapi ujian hidup seperti tidak terpengaruh dengan tawaran
pangkat atau harta untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah,
-->Setiap pengorbanan yang ikhlas diberi balasan syurga diakhirat kelak seperti sanggup
mengorbankan masa dan tenaga untuk kepentingan masyarakat dan negara,
-->Usaha menegakan islam memerlukan pengorbana yang tinggi seperti berani mengatakan
sesuatu yang hak...

Lu pikir la sendiri... :)

1. Terangkan bentuk - bentuk penyeksaan yang diterima oleh Sumayyah dan keluarganya.

2. Nyatakan 3 sumbangan Sumayyah dalam mempertahankan kesucian akidah Islam.

3. Nyatakan 3 sifat peribadi Sumayyah.

4. Nyatakan 3 iktibar yang diperolehi daripada kisah Sumayyah.




That's all ! Thank you for spending your time with us :) ! Your attention is really appreciated .

Assalamualaikum :)

Blog ini adalah hak milik kekal Nur Darina, Nurul Afifah dan Aniths Hazeeqa . Anda tidak dibenarkan meniru cara kami mempersembahkan projek Pendidikan Islam kami . Kami akan menggunakan blog ini untuk membuat projek Pendidikan Islam yang ditugaskan oleh Pn. Nurilzam Abdul Halim . Kami akan membentangkan tentang "Sumayyah" .

Harap kamu semua suka akan cara kami mendidik :) ..

Assalamualaikum....

Ditaip oleh ; Nur Darina